My Add

Thursday 4 October 2012

Awas sindiket godam e-mel

PETALING JAYA, RABU, 03 Oktober, 2012: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kegiatan satu sindiket yang menggodam e-mel mangsa sebelum meminta sejumlah wang daripada rakan-rakan menerusi senarai kenalan mereka.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, sindiket itu akan meminta rakan-rakan mangsa memasukkan sejumlah wang tunai ke dalam satu akaun, kononnya untuk membantunya yang dalam kesusahan.

Katanya, berdasarkan laporan seorang mangsa, Mah Sok Mee, 55, e-mel miliknya digodam sindiket itu dan hanya menyedarinya selepas dimaklumkan rakan-rakannya pada 28 September lalu.

“Mangsa kononnya berada di Madrid, Sepanyol dan tidak dapat pulang ke Malaysia kerana ketiadaan wang.

“Sehubungan itu, mangsa bimbang jika ada kenalannya terpedaya dan memasukkan jumlah wang yang diminta," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment