My Add

Thursday 4 October 2012

JPA setuju tangguh pertukaran Datuk Bandar PJ

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menangguhkan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman sebagai Ketua Unit Perancangan Ekonomi Selangor.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa berkata, penangguhan selama sebulan itu bagi membolehkan Mohamad Roslan menyelesaikan tugas-tugas beliau di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

“Mohamad Roslan masih kekal sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya sehingga akhir bulan ini bagi membolehkan beliau menyelesaikan tugas yang tertangguh termasuk menyediakan bajet MBPJ," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang membekukan pertukaran Mohamad Roslan bagi membolehkan mereka mencari calon sesuai untuk menggantikan Datuk Bandar Petaling Jaya itu. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment