My Add

Friday 26 October 2012

Azmin diminta arah Abdul Khalid beri penjelasan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Pengerusi Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Azmin Ali diminta mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan tentang dakwaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, SD Johari Md. Yassin berkata, Azmin juga perlu mendapatkan penjelasan Abdul Khalid berhubung tindakan kerajaan PKR Selangor membeli tanah di Ulu Yam pada harga RM345 juta daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) walaupun taksiran Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan tanah terbabit cuma bernilai RM90 juta.

''Sebagai teraju kepimpinan PKR Selangor, Azmin terpaksa campur tangan dalam pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan rakyat dan negeri berkenaan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment