My Add

Friday 26 October 2012

Penjualan aset PKNS jejas usahawan bumiputera

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Penjualan lima aset bernilai RM321 juta milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada usahawan bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat.

Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang dan Perkhidmatan Malaysia, Datuk Ab. Rahim Abu Bakar berkata, pemilik baharu premis terlibat mungkin lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan nasib para penyewa yang terdiri daripada usahawan bumiputera.

Beliau yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memberitahu, sebagai sebuah agensi kerajaan, PKNS sepatutnya mengambil kira setiap keputusan yang diambil khususnya terhadap usahawan bumiputera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment