My Add

Saturday 13 October 2012

Bajet pembangkang mudaratkan negara
Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional(BN) di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut hadir, Muhyiddin Yassin dan semua pemimpin parti-parti komponen BN. - Utusan/IRWAN MAJID
Oleh HUSSAINI AMRAN dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan bajet alternatif yang dirangka oleh pakatan pembangkang boleh memudaratkan keutuhan kewangan kerajaan dan keyakinan terhadap ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, bajet pakatan pembangkang itu juga mendapat tumpuan daripada para penganalisis ekonomi.

"Mereka berpendapat bajet itu tidak dapat dipertahankan dari segi kredibiliti dan kemampanan untuk menunaikan segala janji yang dimuatkan.

"Perkara ini telah diterangkan dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN)," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mengulas tentang Bajet 2013 yang dibentangkan beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini, Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu, bajet itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat.

Menurut beliau, Dewan Tertinggi BN berharap bajet tersebut dilaksanakan dengan sebaik-baiknya agar rakyat menerima segala manfaatnya.

"Kita akan terus beri penjelasan kepada rakyat tentang 111 cadangan yang menjadi titik sentuhan dan menunjukkan iltizam kita untuk menepati segala janji," ujarnya.

Mengulas sumbangan sebanyak RM40 juta kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah, Najib menjelaskan, sumbangan politik itu dilakukan mengikut prosedur yang betul. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment