My Add

Monday 8 October 2012

DAP Sepang mahu bubar tujuh cawangan - Tuan Tat
 *TAN Tuan Tat (tengah) bersama sebahagian daripada 50 ahli DAP Cawangan
Taman Seri Sungai Pelek, Sepang sepakat membubarkan cawangan itu semalam.
SEPANG, AHAD, 07 Oktober, 2012: Jawatankuasa DAP Sepang mahu membubarkan cawangan parti itu di Taman Sri Sungai Pelek dan menarik kembali permohonan enam cawangan baharu yang sepatutnya ditubuhkan ekoran tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan tertinggi.

Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, enam cawangan baharu yang ditarik kembali permohonan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu dan Taman Sri Sungai Pelek (B) yang keseluruhannya dianggotai kira-kira 400 ahli.

Beliau berkata, pembubaran semua tujuh cawangan berkenaan sudah mendapat persetujuan jawatankuasa serta ahli DAP di kawasan Sepang yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli pucuk pimpinan negeri Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment