My Add

Saturday 20 October 2012

Bank digesa longgarkan syarat lulus pinjaman rumah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Bank komersial dinasihatkan agar tidak terlalu ketat dalam meluluskan pinjaman perumahan, terutamanya kepada pembeli Skim Rumah Pertamaku di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pemaju yang gagal menjual rumah kepada pembeli ekoran peraturan dan sekatan ketat daripada pihak bank.

"Tidak dinafikan Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan garis panduan kepada pihak bank komersial bagi mengelak ketidakupayaan bayaran balik pinjaman perumahan itu.

"Namun, bank komersial tidak perlu terlalu mengikut garis panduan itu, sebaliknya membuat penyelidikan sendiri sama ada peminjam tersebut mampu membayar balik pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment