My Add

Saturday 20 October 2012

Curi kabel: Telekom Malaysia rugi RM29 juta dalam lapan bulan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Telekom Malaysia Berhad (TM) mencatat kerugian sebanyak RM29 juta akibat kecurian kabel telekomunikasi dari awal hingga Ogos tahun ini.

Jumlah itu bagaimanapun dikesan menurun berbanding tempoh sama tahun lalu yang melibatkan kerugian sebanyak RM42 juta.

Meskipun kes berkurangan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, kecurian kabel telekomunikasi tetap dianggap serius memandangkan situasi itu kerap terjadi hingga menyusahkan ramai pihak.

Katanya, sehingga Ogos tahun ini sahaja, sebanyak 680,000 kes kecurian kabel dikesan berlaku di seluruh negara namun menurun sebanyak tujuh peratus iaitu 730,000 kes pada tempoh sama, tahun lalu.

"Selangor mendahului senarai kecurian dengan catatan sebanyak 1,439 kes; Perak, 1,124 kes manakala Kelantan sejumlah 1,119 kes. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment