My Add

Tuesday 16 October 2012

Banyak kelemahan dalam projek PTSK

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Laporan Audit Negara 2011 menemukan sebahagian besar kelemahan dalam Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang dikendalikan kerajaan negeri dan syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Menurut laporan itu, projek tersebut berasaskan konsep memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak iaitu menerusi penyerahan kira-kira 404 hektar tanah oleh kerajaan negeri kepada syarikat pemaju tersebut.

Sebagai balasan, jelas laporan itu, syarikat pemaju berjanji untuk memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.

Bagaimanapun, dalam tempoh pengauditan antara September hingga Disember lalu, Jabatan Audit Negara mendapati kerja-kerja pembinaan masih banyak belum dilaksanakan meskipun tempoh projek hanya berbaki tiga tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment