My Add

Tuesday 16 October 2012

Kerajaan bertukar punca lewat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Kelewatan proses pengambilan tanah bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) antara Ipoh ke Padang Besar adalah berpunca daripada perubahan kerajaan negeri di Perak, Pulau Pinang dan Kedah selepas pilihan raya umum pada 2008.

Maklum balas Kementerian Pengangkutan itu diberikan kepada Laporan Ketua Pengarah Audit 2011 yang mendapati dua lanjutan masa projek berkenaan selama 669 hari meningkatkan kos keseluruhan projek itu.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang juga mensyaratkan proses pengambilan tanah perlu dilaksanakan secara berperingkat dan didahului dengan Seberang Perai Utara.

"Setelah diselesaikan, proses pengambilan tanah diikuti dengan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dan ini adalah di luar jangkaan semasa fasa perancangan projek," demikian menurut maklum balas tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment