My Add

Friday 5 October 2012

Bas mewah: Wanita UMNO beri MB Selangor seminggu buat penjelasan

KUALA LUMPUR, KHAMIS,  04 Oktober, 2012: Wanita UMNO mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan segera tentang status sebenar isu bas mewah yang masih menjadi tanda tanya rakyat negara ini.

Sambil memberi tempoh seminggu, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu perlu dijelaskan berikutan perbezaan kenyataan dikeluarkan Abdul Khalid sebelum ini.

Katanya, kenyataan Abdul Khalid semakin menimbulkan pelbagai persoalan apabila sebuah portal berita mendedahkan butir-butir terperinci mengenai bas berkenaan yang didaftarkan pada 3 September lalu atas nama Menteri Besar itu.

“Pada 30 Ogos, Abdul Khalid mengatakan secara jelas bas berkenaan telah disewa untuk tempoh enam bulan dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

“Kenyataan mengenainya mula berbeza dan mengelirukan rakyat apabila pada 27 September pula, beliau menafikan hubung kait isu itu dengan pembelian 50 unit lori sampah dari China dan bertegas bas mewah itu dimiliki melalui konsep sewa beli selama enam bulan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment