My Add

Thursday 18 October 2012

Bayi perempuan mangsa dera mati di hospital

BATU PAHAT, RABU, 17 Oktober, 2012: Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepalanya selain patah tangan kanan dan kaki kiri, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya, akhirnya meninggal dunia semalam.

Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim (gambar), meninggal dunia dalam pangkuan ibunya di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pukul 2.30 petang setelah dimasukkan ke hospital tersebut sejak 11 Oktober lalu.

Ibu mangsa, Rafidah Mohd. Ashak, 29, berkata, ketika dimasukkan ke hospital Khamis lalu, doktor memaklumkan peluang untuk anaknya hidup tipis.

"Doktor memberitahu otaknya (Nur Irisyafida Balkis) tidak merekodkan sebarang aktiviti dan ada tiga kesan retak di tempurung kepalanya," katanya ketika ditemukan di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Kelambu, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment