My Add

Sunday 21 October 2012

Berapa kos bawa masuk William, Joseph?

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Oktober, 2012: Pakatan pembangkang digesa menyatakan jumlah keseluruhan kos yang perlu ditanggung bagi membawa masuk dua peguam Perancis yang ditugaskan untuk memberi taklimat kepada ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu merupakan isu utama untuk diketengahkan dan bukannya mengenai pembelian kapal selam yang telah diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos-kos seperti perjalanan, penginapan serta yuran guaman kedua-dua peguam tersebut, William Bourdon dan Joseph Breham.

''Pihak pembangkang memang suka mengelirukan rakyat dan tidak memberikan gambaran serta maklumat yang betul. Banyak perkara yang tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah berkata, isu pembelian kapal selam seharusnya tidak timbul lagi memandangkan segalanya telah diselesaikan malah Mahkamah Perancis turut menolak permohonan pembangkang mengenai isu pembelian Scorpene.

Jelasnya, pembelian yang dibuat daripada segi perundangan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

''Dalam penjelasan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa rancangan membeli kapal selam itu dibuat sejak 1991 lagi dan pada 1995 Kementerian Kewangan memberi kelulusan dengan mengikut harga yang ditetapkan Kerajaan Perancis.

''Dan pada ketika itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan dan beliau yang menandatangani dokumen kelulusan pembelian kapal Scorpene itu," katanya.

Beliau menambah, tindakan pihak pembangkang menjemput peguam asing untuk memberikan taklimat mengenai isu rasuah dalam pembelian Scorpene menunjukkan mereka mahu pihak luar campur tangan dalam hal ehwal politik dan undang-undang negara. - UTUAN

No comments:

Post a Comment