My Add

Thursday 4 October 2012

Beri biasiswa automatik

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR , RABU, 03 Oktober, 2012: Kerajaan disaran memberi biasiswa secara automatik kepada penuntut Melayu dan bumiputera yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.2 ke atas di universiti tempatan dan luar negara.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, pemberian biasiswa secara automatik kepada penuntut Melayu dan bumiputera dijamin dalam Perlembagaan di bawah hak istimewa orang Melayu.

"Ramai penuntut Melayu dan bumiputera memperoleh CGPA 3.2, 3.5 atau 3.8 belajar di universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf tidak mendapat pinjaman serta biasiswa.

"Jika dapat biasiswa pun sebagai contoh di luar negara hanya bagi pembiayaan yuran dan tiada untuk sara hidup.

"Kita tidak mempunyai masalah sekiranya kerajaan mahu membantu penuntut bukan Melayu. Kita tidak bantah tetapi jangan menafikan hak orang Melayu dan bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment