My Add

Thursday 4 October 2012

Kes tembak polis selesai

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Polis menganggap kes tembak yang mencederakan dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama, minggu lalu selesai selepas suspek terakhir yang diburu menyerah diri di Balai Polis Sri Petaling di sini malam tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun yang berasal dari Lanchang, Mentakab, Pahang itu menyerah diri dengan ditemani seorang peguam pada pukul 9 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dengan tertangkapnya suspek yang juga adik kepada seorang lelaki yang ditembak mati polis di Taman Desa Water Park, awal pagi Ahad lalu, polis menganggap kes berkenaan telah selesai.

“Suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Polis baru-baru ini mengedarkan dua wajah individu yang dipercayai terbabit dalam kes tembak membabitkan Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, selepas seorang penjenayah yang terlibat dalam kes itu ditembak mati, Ahad lalu. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment