My Add

Sunday 14 October 2012

Beri keuntungan dua negara


*AHMAD Zahid Hamidi bersama ahli jawatankuasa surau membuat tinjauan projek Surau Al-Mardiah di Kampung Parit 7, Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak, semalam. - MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
BAGAN DATOH, SABTU, 13 Oktober, 2012: Perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang bakal ditandatangani di Istana Malacanang di Manila Isnin ini, akan menguntungkan Malaysia dan negara berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, di pihak kerajaan Filipina, mereka tidak perlu meletakkan anggota tentera yang ramai di Mindanao kerana kawasan yang aman akan wujud di wilayah berkenaan apabila terbentuknya wilayah autonomi Bangsamoro.

Katanya, di samping itu, beberapa pembangunan akan berlaku di Mindanao termasuk pembangunan sumber asli, infrastruktur serta kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dari Malaysia. - MM

No comments:

Post a Comment