My Add

Sunday 7 October 2012

BN dakwa kerajaan P.Pinang tidak kawal pemilikan asing di tapak warisan

GEORGE TOWN, SABTU, 06 Oktober, 2012: Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai polisi untuk memelihara 4,000 premis di Tapak Warisan Dunia UNESCO, George Town.

Ketua Pemudanya, Oh Tong Keong berkata, kerajaan negeri seharusnya mempunyai pelan mengawal pemilikan asing dalam pembelian premis warisan kerana kedudukan Pulau Pinang dalam warisan dunia amat penting.

"Jika semua premis di Tapak Warisan George Town dimiliki orang asing maka ia merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment