My Add

Sunday 7 October 2012

RTC Kelantan wujud pusat bidaan ternakan pertama negara

KOTA BAHARU, SABTU, 06 Oktober, 2012: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), akan menjadikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Baharu Tunjung di sini sebagai Pusat Pembidaan Ternakan pertama negara.

Pengarah Fama Wilayah Timur Mohd Ariffin Awang berkata, dengan menaikkan taraf pusat itu, kedua-dua agensi akan memperluas skop spesis ternakan yang dibida, termasuk unta.

"Pusat ini juga akan mengadakan operasi pembidaan setiap minggu bagi menampung permintaan yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat itu hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPV Kelantan Datuk Dr Zairi Serlan dan Pengarah Fama negeri Wan Abdullah Wan Chik.

Sempena pelancaran itu, hampir 100 ternakan lembu dan kambing bernilai RM250,000 dijual kepada orang ramai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment