My Add

Sunday 7 October 2012

Peruntukan lebih RM200 juta untuk Pulau Sebatik

TAWAU, SABTU, 06 Oktober, 2012: Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM205 juta bagi membangunkan kemudahan asas dan prasarana di Pulau Sebatik di sini antara 2010 hingga akhir tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, antara projek yang dilaksanakan adalah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), penyediaan bekalan air, program baik pulih rumah dan menaik taraf jalan raya.

Katanya, projek-projek tersebut dilihat berjaya memberi manfaat kepada penduduk di beberapa buah kampung di pulau terbabit dan ketika ini, kerajaan turut merangka penyaluran peruntukan secara berperingkat-peringkat demi menambah baik kemudahan yang diperlukan rakyat di kawasan itu.

"Saya yakin peruntukan RM4.5 bilion yang disediakan kerajaan dalam Bajet 2013 akan turut memberi manfaat kepada penduduk luar bandar dari segi penyediaan prasarana, khususnya di Sabah dan Sarawak," katanya selepas Program Mesra Rakyat dan lawatan kerja ke Sungai Pukul, Pulau Sebatik, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment