My Add

Sunday 7 October 2012

Bukan bergerak secara individu

Oleh ABD. HALIM HADI dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Oktober, 2012: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman percaya dua lelaki Afrika yang ditahan selepas menipu ahli perniagaan dari Taiwan sebanyak AS$1.7 juta (RM5.2 juta) kelmarin, merupakan ahli kumpulan satu sindiket.

Penolong Pengarah Bahagian Risikan JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Najmi Mustafa berkata, ia berdasarkan keterangan mangsa yang mendedahkan terdapat beberapa lagi individu terlibat.

"Dalam kes-kes sebelum ini pun, lelaki Afrika tidak melakukan jenayah secara individu tetapi bergerak dalam sindiket. Polis akan cuba mengesan jika terdapat suspek lain yang terlibat berdasarkan keterangan suspek," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Kedutaan Taiwan, L. E. Lee memberitahu, pihak kedutaan menghargai kerjasama yang diberikan polis sehingga berjaya mengesan suspek dalam tempoh kurang lima jam. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment