My Add

Sunday 7 October 2012

Pelabur jongkong emas buntu

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, SABTU, 06 Oktober, 2012: Kira-kira 10,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. di negeri ini mengakui amat tertekan dengan situasi yang melanda agensi berkenaan apabila mendakwa mereka kini hilang sumber pendapatan tetap.

Rata-rata mereka buntu memikirkan masa depan keluarga dan anak-anak yang kebanyakannya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara berikutan wang yang dilaburkan ke dalam syarikat berkenaan merupakan sumber utama bagi menanggung masa depan mereka selama ini.

Mereka yang rata-rata warga emas, pesara kerajaan dan swasta dikatakan telah membuat pelaburan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit sejak penubuhannya pada 2009.

Seorang pelabur, D. Venkatason, 64, berkata, dia bergantung sepenuhnya kepada pendapatan pelaburan emas berkenaan untuk menanggung perbelanjaan keluarga serta anaknya yang masih belajar. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment