My Add

Sunday 21 October 2012

Contohi kemajuan Melaka

MELAKA, SABTU, 20 Oktober, 2012: Kerajaan Pas Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu belajar dan mencontohi Melaka sebagai sebuah negeri yang maju dalam pelbagai bidang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Abdul Aziz dan Exco kerajaan negeri perlu datang dan tinggal di Melaka supaya dapat belajar cara untuk mengurus, mentadbir dan membangunkan negeri.

Menurutnya, walaupun Melaka adalah negeri kecil dan tidak mempunyai tanah serta hasil bumi yang banyak berbanding Kelantan, ia berjaya dibangunkan hasil inisiatif dan usaha keras kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

''Melaka berjaya memajukan bidang lain seperti pelancongan yang telah dapat menarik lebih 12 juta pelancong setiap tahun dengan menjana pendapatan sebanyak RM6 bilion," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment