My Add

Sunday 21 October 2012

Kenangan terindah Bangsamoro

* DISEBABKAN kemiskinan seorang budak berusia 10 tahun berjalan meminta
sedekah sambil mendukung adiknya berusia setahun di Zamboanga
.
ZAMBOANGA, (Mindanao), SABTU, 20 Oktober, 2012: Sebahagian masyarakat Islam di Daerah Basilan dekat sini, masih merasakan tuntutan wilayah autonomi Bangsamoro yang diperolehi melalui kerangka perjanjian damai pada Isnin lalu sebagai satu mimpi indah.

Masakan tidak, impian yang selama ini mereka anggap sebagai perkara sukar dan mungkin terpaksa bergadai nyawa kini menjadi kenyataan.

Ketua Kampung Sulloh, Tapiantana, Ghafur Muhd. Noor berkata, perjanjian yang membentuk wilayah autonomi Bangsamoro itu merupakan anugerah buat masyarakat Islam MIndanao yang selama ini terpinggir.

"Sekarang penduduk seperti mendapat kehidupan baru untuk melaksanakan pelbagai perkara termasuk berdakwah, malah anak muda pula mula mengintai peluang pekerjaan.," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment