My Add

Thursday 4 October 2012

Cuepacs mahu teliti syarat bank sebelum setuju

GEORGE TOWN, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan meneliti terlebih dahulu terma dan syarat oleh insitusi kewangan yang bakal dilantik mengurus pinjaman perumahan penjawat awam sebelum bersetuju dengan skim itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pelbagai perkara berkenaan skim itu perlu diteliti secara menyeluruh supaya penjawat awam tidak terbeban dengan pinjaman perumahan.

"Dulu kita pinjam melalui kerajaan, sekarang 100 peratus perlu berurusan dengan bank, jadi kita akan teliti semua aspek seperti insurans pembeli, insurans pemaju, komisen dan prosedur bank kerana kita tidak mahu ada masalah dikemudian hari," katanya kepada pemberita selepas menyertai seminar Merakyatkan Sektor Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Beliau berkata, Cuepacs mahukan institusi kewangan terpilih yang menguruskan skim pinjaman perumahan itu memberi pinjaman 100 peratus kepada pembeli, iaitu pembeli tidak perlu membayar pendahuluan 10 atau 20 peratus dan rumah berkenaan perlu disiapkan sepenuhnya sebelum dijual.

Semalam Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata setakat ini empat bank komersil terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment