My Add

Sunday 14 October 2012

CUEPACS sambut baik

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Oktober, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), menyambut baik surat pekeliling baharu dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuatkuasa 1 Oktober lepas.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pekeliling baharu itu dilihat lebih terperinci berbanding pekeliling lama terutama bagi proses mendapatkan kelulusannya.

“CUEPACS sambut baik pekeliling baharu ini, namun kami memerlukan penjelasan dan maklumat lebih terperinci," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Omar, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa pada 17 Oktober ini untuk membincangkan beberapa perkara termasuk berkaitan pekeliling baharu tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment