My Add

Sunday 14 October 2012

Saifuddin gagal bezakan isu

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Oktober, 2012 Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah digesa meletakkan jawatan kerana gagal membezakan antara isu keselamatan negara dengan isu politik.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menegaskan, sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan dalam Kabinet, Saifuddin sepatutnya boleh membezakan isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan dengan isu politik.

Katanya, isu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara.

"Suaram merupakan pertubuhan haram yang mengutip dana secara haram dan terbukti menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota Kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment