My Add

Saturday 20 October 2012

SPRM terus digesa siasat isu Talam Corporation

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus digesa melakukan siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penilaian tanah milik Talam Corporation Berhad (Talam).

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, kesanggupan kerajaan negeri membeli hartanah milik syarikat itu yang bernilai RM90 juta dengan harga RM391.986 juta begitu meragukan.

Sedangkan, menurutnya, tuntutan sebahagian rakyat di negeri itu agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih hutang rumah mereka bagi menyelamatkannya daripada dilelong baru-baru ini, tidak diendahkan.

"Apa yang istimewa sangat Talam kepada kerajaan negeri sehingga kebajikan kepada rakyat diabaikan? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment