My Add

Friday 19 October 2012

Maklum balas rakyat bantu BN Selangor rangka manifesto PRU

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor akan menggunakan maklum balas rakyat di negeri itu bagi merangka manifesto khusus untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, manifesto itu akan merangkumi segala aspirasi dan suara rakyat negeri itu selaras dengan misinya Sayangi Selangor Yakini BN.

‘‘Manifesto khusus ini akan menjadi satu lagi nilai tambah kepada manifesto BN di peringkat pusat selaras dengan pendekatan BN untuk merakyatkan sistem penyampainya,’’ katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Times, semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai persiapan BN Selangor bagi menghadapi PRU-13 seterusnya memenangi semula negeri itu yang jatuh kepada pakatan pembangkang pada PRU 2008.

Menurut Zin, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat Selangor di kesemua 22 Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri bagi merangka manifesto yang inklusif itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment