My Add

Monday 8 October 2012

Guan Eng dampingi gereja selamatkan kedudukan

KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Oktober, 2012: Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdialog dengan kira-kira 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, selain mengukuhkan kedudukan sebagai Ketua Menteri, tindakan itu juga dilakukan oleh Guan Eng bagi mengekalkan Dinasti Lim dalam kancah politik.

Tegas beliau, kedudukan pakatan pembangkang akan difikirkan kelak selepas merasakan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu stabil dan mendapat sokongan dalam kalangan pemimpin-pemimpin gereja.

''Itu merupakan tujuan tunggal Guan Eng iaitu menyelamatkan kedudukan peribadi beliau. Beliau juga mahu menyelamatkan Dinasti Lim dalam politik.

''Jika telah mendapat kedudukan dan sokongan, baru Guan Eng mahu memperbetulkan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment