My Add

Saturday 20 October 2012

DBKL tarik balik notis terhadap Kuil Sri Muneswarar

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Oktober, 2012: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu mengenai Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee di sini.

Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan Datuk Adnan Md Ikshan berkata, ini kerana Dewan Bandaraya Lumpur (DBKL) telah diarah menarik balik notis yang dikeluarkan terhadap kuil itu mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 bertarikh 25 September.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan yang memandang serius isu itu.

"Notis itu mengarahkan pihak pengurusan kuil mengosong dan membuka struktur yang telah dibina tanpa izin, membuka tembok bata dan pagar zink yang dibina tanpa izin dan memindahkan sisa runtuhan dari tapak supaya tapak pembinaan di kuil berkenaan berada dalam keadan bersih dan selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adnan berkata, notis itu adalah berdasarkan keputusan mahkamah ke atas permohonan Hup Seng Sdn Bhd dan diserahkan kepada pengerusi kuil itu pada 26 September. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment