My Add

Saturday 20 October 2012

Kerugian projek balak di Papua New Guinea cemar imej negara

SINTOK, SABTU, 20 Oktober, 2012: Kerugian yang dihadapi Kerajaan Pas Kedah dalam pelaburan projek pembalakan dan peladangan di Papua New Guinea mencemarkan imej negara kerana perkara itu belum pernah berlaku sebelum ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, tindakan kerajaan negeri melabur jutaan ringgit wang rakyat dalam projek yang diragui itu perlu disiasat segera kerana dipercayai terdapat salah laku dalam urusan pelaburan berkenaan.

"Mereka selalu tuduh kerajaan salah guna kuasa dan kini laporan audit dah dedahkan salah laku mereka dan saya langsung tak boleh terima dan polis perlu siasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Agensi bersama Pelajar IPTA/IPTS di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun mengulas Laporan Audit Negara tahun lepas, bahawa kerajaan Kedah mengalami kerugian dalam projek pembalakan dan peladangan yang didaftarkan di Papua New Guinea. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment