My Add

Tuesday 9 October 2012

Digital Malaysia ditunjangi 3 teras utama strategik: PM

 PUTRAJAYA, SELASA, 09 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata Digital Malaysia dirangka dan ditunjangi tiga teras utama strategik, bertujuan mewujudkan ekosistem yang mengggalakkan penggunaan berleluasa ICT, dalam semua aspek ekonomi.

Ia juga bertujuan untuk memudahkan hubungan komuniti secara global dan interaksi tepat masa yang menghasilkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar dan meningkatkan taraf hidup, kata Perdana Menteri. 

Beliau berkata dengan perancangan yang telah pun dibuat, sudah tiba masanya untuk memastikan keterangkuman dan penglibatan program untuk pihak berkepentingan.

“Kemajuan telah pun direncana dan saya berharap akan mendengar kemas kini lanjut mengenai Projek Digital Malaysia dan inisiatifnya hari ini.

“Apa yang perlu berlaku sekarang ialah bagi kita mempercepat perjalanan ini di laluan yang akan membawa kita merealisasikan sepenuhnya agenda Digital Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment