My Add

Tuesday 23 October 2012

Dua maut, dua lagi parah


Oleh MAZLINDA MURTADZA
 KUALA PILAH, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Dua penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kilometer 7, Batu Kikir-Kuala Pilah dekat sini hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 7 pagi itu mengakibatkan mangsa, Hasnizahrin Assar, 29, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 dan Muhd. Ibnor Qayyum Abu Hanafiah, 16, menunggang motosikal Suzuki RG maut di tempat kejadian.

Dua lagi rakan Muhd. Ibnor Qayyum iaitu Muhammad Shafiz Muhd. Azman, 16, dan Mohd. Amirul Ikmal Che Mat, 16, yang menaiki motosikal Yamaha Sport, cedera parah.

Ketika kejadian, Muhd. Ibnor Qayyum mengekori motosikal dinaiki dua rakannya itu.

Ketiga-tiga pelajar tersebut dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Teknik Juaseh (SMTJ) manakala Hasnizahrin, dari Kuala Pilah ke tempat kerjanya di Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) di Seremban. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment