My Add

Monday 15 October 2012

Durian runtuh untuk pekebun kecil


*MOHD. Shafie Apdal menunjukkan kraftangan daripada daun getah pada pameran Jelajah Janji Ditepati di Kudat, semalam. Turut sama, Wan Mohamad Zuki Mohamad (empat dari kiri) dan Ketua Pengarah Kemas, Hassan Mohd Amin (tiga dari kanan).

KUDAT, AHAD, 14 Oktober, 2012: Pekebun kecil bakal mendapat durian runtuh apabila RISDA menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membeli biji getah untuk dijadikan benih pokok getah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zaki Mohamad berkata, pihaknya akan membayar RM3 bagi setiap kilogram biji getah yang dijual kepada RISDA.

"Antara Oktober hingga Disember merupakan masa terbaik kerana ketika itu buah-buah getah sedang gugur," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis Jelajah Janji Ditepati, di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment