My Add

Friday 5 October 2012

Elak tangani LGBT untuk raih undi

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Pembangkang didakwa cuba mengelak bersama-sama kerajaan menangani gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin membimbangkan di negara ini semata-mata untuk meraih undi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pembangkang mengetepikan persoalan itu malah seolah-olah menunjukkan sokongan kepada golongan tersebut atas alasan kebebasan hak asasi.

Katanya, pembangkang juga cuba memperlihatkan kerajaan bertindak seolah-olah mendiskriminasi atau menzalimi golongan itu sedangkan kerajaan cuba mendekati dan memberikan kesedaran dalam membimbing mereka.

"Kita bercakap untuk memperbetul dan memulihkan mereka. Kebimbangan kita apabila ada pemimpin pembangkang melihat masalah ini dari sudut politik dan bukannya kepentingan negara dan bangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment