My Add

Friday 5 October 2012

Mydin nafi monopoli KR1M

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
 KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini dibidas kerana cuba memutar-belitkan dan membuat kenyataan salah dengan menuduh Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) memonopoli Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin menyifatkan tuduhan Tony itu dibuat berkepentingan agenda politiknya walaupun melangkaui logik akal yang waras.

Menurut beliau, Tony sebenarnya tidak tahu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah pun meluaskan model perniagaan KR1M.

Katanya, perluasan model itu membolehkan kedai-kedai biasa yang dimiliki oleh peniaga lain juga menjual produk KR1M dalam model kedua.

Dalam model ketiga perniagaan KR1M, kerajaan juga telah membenarkan usahawan yang mempunyai modal kerja sebanyak RM350,000 hingga RM400,000 membuka KR1M. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment