My Add

Thursday 25 October 2012

Gencatan senjata di Syria

KAHERAH, RABU, 24 Oktober, 2012: Kerajaan Syria dan beberapa pemimpin pemberontak bersetuju melaksanakan gencatan senjata sempena perayaan Aidil Adha yang akan disambut Jumaat ini, kata Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi hari ini.

Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Syria pula berkata, keputusan akhir mengenai cadangan Brahimi untuk proses perdamaian sementara itu masih lagi belum dibuat.

"Tentera sedang mengkaji operasi ketenteraan sepanjang perayaan ini dan keputusan akhir hanya akan diketahui esok," menurut kenyataan kementerian itu yang dikeluarkan di Damsyik.

Dalam situasi berlainan di Syria, lima sekeluarga termasuk wanita dan kanak-kanak maut selepas tentera Syria melancarkan serangan udara di sebuah perkampungan di wilayah Idlib, semalam.

Pengarah Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, serangan udara yang berlaku di Maaret Samrin itu merupakan sebahagian daripada percubaan tentera kerajaan untuk menguasai bandar Maaret al-Numan.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku di bandar Harasta, timur laut Damsyik semalam, menyebabkan lima penduduk awam terbunuh. - AFP

No comments:

Post a Comment