My Add

Thursday 18 October 2012

PKNS tidak hormat hak pembeli rumah - GAPS

SHAH ALAM, RABU, 17 Oktober, 2012: Tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membuat laporan polis berhubung demonstrasi aman yang diadakan di pejabat mereka sejak awal bulan ini menunjukkan perbadanan itu tidak menghormati hak para pembeli rumah yang juga pelanggan mereka.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, hal ini demikian kerana tindakan pembeli rumah itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan bertujuan memohon bantuan PKNS membiayai hutang perumahan mereka.

"Mereka hanya mahu memohon bantuan. Tidak wajar PKNS membuat laporan polis kerana mereka mengadakan demonstrasi secara aman dan tidak mengganggu lalu lintas.

"Cara PKNS ini seolah-olah para pembeli terlibat mahu mengancam sedangkan mereka langsung tidak bertindak ganas apalagi membawa senjata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment