My Add

Wednesday 10 October 2012

Hanya 0.5 peratus penjawat awam hidap masalah mental: JPA

PUTRAJAYA, RABU, 10 Oktober, 2012:: Hanya 0.5 hingga satu peratus daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menghadapi masalah psikologi dan kesihatan mental, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Aris Kasan.

Beliau berkata, angka itu adalah kecil dan masih boleh diatasi.
"Dengan bantuan dan kepakaran pakar psikologi dan kaunselor untuk pembangunan semula, masalah ini boleh diatasi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan berkesan untuk menyumbang kepada pembangunan agensi dan negara.

"Hanya bilangan kecil yang menghadapi masalah mental yang serius dan perlu mendapatkan bantuan dari pakar di hospital," katanya kepada pemberita selepas Sambutan 20 Tahun Psikologi Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Aris berkata, JPA akan memperkenalkan modul kesejahteraan menyeluruh untuk penjawat awam tahun depan, bagi memastikan mereka bersedia mental dan fizikal untuk berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

Modul itu menekankan lima aspek kecergasan iaitu minda, emosi, sosial, kerohanian dan fizikal, katanya.

"Sejajar dengan peningkatan umur persaraan penjawat awam, modul kesejahteraan itu akan memastikan penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan sehingga 60 tahun.
"Sehubungan itu, satu proses yang perlu dilakukan dari aspek psikologikal untuk memastikan mereka dapat menyumbang sehingga 60 tahun.

"Kita tidak mahu penjawat awam yang berusia 50-an tidak boleh buat kerja dan menghadapi masalah kesihatan," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Aris berkata, modul itu harus diperkenal dari peringkat awal agar penjawat awam terbabit mempunyai kefahaman dan kesedaran terhadap kesejahteraan pada lima aspek berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment