My Add

Wednesday 10 October 2012

Penjaja Padang Kota Lama serah memorandum

GEORGETOWN, RABU, 10 Oktober, 2012: Sebanyak 20 orang penjaja kecil di Padang Kota Lama hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memohon lesen penjaja.

Wakil peniaga, M. Balakrishnan, 54, berkata, Guan Eng harus mempertimbangkan permohonan mereka kerana penjaja di situ tidak lagi mampu bertahan dengan tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada hampir setiap malam.

Katanya, tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mempunyai lesen penjaja sedangkan mereka telah berkali-kali membuat permohonan lesen itu kepada MPPP tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Memorandum itu diterima oleh Penolong Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Norshahida Yusoff.

Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan isu penjaja itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment