My Add

Wednesday 10 October 2012

Najib harap kunjungan Menteri Luar Thai kukuhkan hubungan

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012:: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau berharap lawatan Menteri Luar Thailand Dr Surapong Tovichakchaikul ke Malaysia baru-baru ini akan memperkukuhkan hubungan dua hala.

Dr Surapong melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia selama dua hari bermula Ahad lalu. 

"Menjadi hos kepada Menteri Luar Thailand Dr Surapong di pejabat saya. Harap dapat memperkukuhkan hubungan dua hala yang sedia ada antara dua negara kita," kata Najib dalam tweet terbarunya.

Kedua-dua negara sedang meningkatkan usaha bagi memantapkan lagi kerjasama yang saling bermanfaat dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan, pendidikan dan latihan vokasional, belia dan sukan, pelancongan, kesalinghubungan serta pembangunan sosio ekonomi di kawasan sempadan.

Perdagangan dua hala terus menerus mencatat trend peningkatan dengan dagangan pada 2011 bernilai AS$22.95 bilion (RM70.5 bilion). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment