My Add

Thursday 11 October 2012

Harga emas lepasi RM6,158 seaun 2014

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012: Harga emas dunia dijangka melepasi paras AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh dua tahun lagi disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan pembeli dari Asia. (Satu aun bersamaan 28.34 gram)

Pengarah Dana Runcit, Bahagian Pengurusan Dana, AMMB Holdings Bhd., Ng Chze How berkata, corak kenaikan harga emas dijangka terus positif untuk jangka masa panjang berdasarkan prestasi konsistennya sepanjang dekad ini.

"Saya menjangkakan purata harga emas akan melebihi AS$1,800 (RM5,542) seaun dalam tempoh setahun dan melebihi AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh 24 bulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi taklimat peluang pelaburan emas di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden, Pengurus Portfolio, DWS Investments GmBH, Manuel Tenedkedshije. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment