My Add

Thursday 11 October 2012

PNB anjur seminar kewangan di Tokyo

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menganjurkan Seminar Kewangan Islam pertama di Jepun baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah (gambar) berkata, program tersebut bertujuan mempromosikan aktiviti kewangan dan instrumen pelaburan Islam menerusi perkongsian maklumat mengenai konsep asas kewangan Islam.

Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti perniagaan Jepun mengenai peluang dan potensi industri dalam kewangan Islam pada masa hadapan.

Seminar itu telah menghimpunkan kira-kira 60 pengamal kewangan dan pelaburan serta para pengurus dana tempatan di Jepun," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Turut menyampaikan ucaptama ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Tokyo Stock Exchange, Atsushi Saito. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment