My Add

Thursday 11 October 2012

Majlis peringati serangan bom Bali hanya kukuh kerjasama antara agama

SYDNEY, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini berkata, ulang tahun memperingati serangan bom di Bali 10 tahun lalu gagal mencapai matlamatnya dan hanya berupaya mengukuhkan kerjasama antara agama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas menjelang majlis berkenaan pada Jumaat ini dan pada ketika yang sama kira-kira 1,000 anggota keselamatan dikerah ke Bali bagi memastikan keselamatan selepas "maklumat yang dipercayai" berkaitan ancaman terhadap acara terbabit. 

Serangan bom di negara majoriti umat Islam pada 12 Oktober 2002 oleh kumpulan Jemaah Islamiah yang dikaitkan dengan Al-Qaeda itu mengheret ancaman keganasan di Asia setahun selepas 9/11 ke atas Amerika Syarikat.

Lebih 200 orang terkorban dalam serangan bom di Bali dan kebanyakannya adalah pelancong Barat manakala 38 adalah penduduk tempatan. - AFP

No comments:

Post a Comment