My Add

Monday 15 October 2012

IKBN sasar 85 peratus graduan dapat kerja menjelang 2015

MARANG, AHAD, 14 Oktober, 2012: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menyasarkan 85 peratus daripada lepasannya mampu memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar menjelang 2015.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Zainuddin Yahya berkata, sasaran itu selaras dengan matlamat IKBN untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti serta mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

"Tahun lepas kita sasarkan sebanyak 75 peratus graduan IKBN di seluruh negara mendapat kerja dan tahun ini pula sasaran itu meningkat kepada 77 peratus.

"Menjelang 2015 nanti, kita harap ia akan berjaya ditingkatkan ke tahap 85 peratus," katanya ketika berucap merasmikan Program Gerbang Kerjaya IKBN Wakaf Tapai 2012, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Mohd. Baki Yacob. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment