My Add

Friday 12 October 2012

Indeks Kesejahteraan Sosial diperkenal

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Kerajaan sedang membangunkan Indeks Kesejahteraan Sosial bagi mengenal pasti corak kehidupan rakyat terutama berkaitan dengan tahap kualiti hidup serta dasar-dasar sosial yang selama ini menjadi amalan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha tersebut dibantu oleh Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan, Majlis Profesor Negara (MPN) memandangkan kluster itu dianggotai oleh pakar-pakar akademik dalam bidang sains kemasyarakatan dan sains sosial.

Ujarnya, dalam membangunkan indeks berkenaan, terdapat dua rujukan utama yang akan menjadi sandaran iaitu Indeks Kualiti Hidup 1994 dan Dasar Sosial Negara 2003.

''Inilah harapan kementerian dan pihak kerajaan. Kita mahu mengangkat segala aspirasi dan nilai-nilai murni kehidupan masyarakat dijadikan sebagai Indeks Kesejahteraan Sosial yang boleh diguna pakai bukan sahaja di Malaysia, malah boleh dirujuk negara luar, insya-Allah,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment