My Add

Saturday 20 October 2012

IWK setuju kaji kadar tarif pembentungan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Desakan laporan Ketua Audit Negara 2011 agar Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) menaikkan kadar tarif pembentungan yang rendah kepada satu kuantum munasabah disebabkan peningkatan kos operasi akan dipertimbangkan.

Menurut IWK dalam kenyataan hari ini, sebagai sebuah syarikat pembentungan nasional, IWK telah mencuba sebaik mungkin untuk menguruskan keadaan sukar dalam operasi hari ke hari bagi menyediakan perkhidmatan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan demi melindungi alam sekitar dan kesihatan awam.

"Syarikat ini telah menjalankan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan ke atas 5,749 loji olahan kumbahan awam dan sepanjang 15,645 kilometer paip pembentungan bagi memberikan perkhidmatan kepada 20 juta pengguna.

"Sehubungan itu, peningkatan terhadap kos operasi merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tidak kira dalam apa jua industri dan IWK bersetuju dengan laporan tersebut untuk menangani kerugian berterusan dengan meningkatkan kadar tarif," kata kenyataan itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment