My Add

Saturday 20 October 2012

Pesara disaran bantu tingkat khidmat TLDM
 *ABDUL Aziz Jaafar (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pesara TLDM pada
 Majlis Jasamu Dikenang di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disaran terus memberi cadangan, komen atau idea bagi meningkatkan perkhidmatan pasukan keselamatan itu berdasarkan pengalaman yang telah ditimba semasa berkhidmat dahulu.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, di sebalik kecanggihan sistem dan peralatan yang diperoleh TLDM sejak 78 tahun lalu, aset utama yang menjadi penentu kejayaan pasukan itu ialah sumber manusia.

"Kejayaan yang dinikmati sekarang tidak mungkin dapat dicapai tanpa hasil kerja dan komitmen bersama warga TLDM termasuk mereka yang sudah menamatkan perkhidmatan.

"Tidak mustahil pengalaman yang telah ditimba sepanjang tempoh perkhidmatan boleh digunakan untuk terus membangunkan TLDM ke tahap yang lebih baik," katanya ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang, di sini hari ini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment