My Add

Saturday 20 October 2012

Kerajaan P. Pinang digesa nyata alasan beri tempoh 30 hari lunas bayaran

PULAU PINANG, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Kerajaan DAP negeri digesa tampil menyatakan sebab tentang tempoh masa 30 hari yang diberikan kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri bagi melunaskan bayaran berhubung penjualan tanah Taman Manggis.

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Ifan Zaini Md. Tahar berkata, gesaan itu dibuat kerana tempoh masa yang diberikan sememangnya boleh dipertikaikan.

Malah, tegasnya, tempoh berkenaan juga dilihat tidak relevan dan seolah-olah menggambarkan sikap kerajaan negeri yang tidak ikhlas untuk menjualkan tanah berkenaan kepada Pemuda BN.

"Kebiasaannya dalam isu penjualan tanah, pembeli diberi tempoh tiga hingga empat bulan untuk melunaskan bayaran tetapi dalam isu Taman Manggis ini mengapa hanya 30 hari?" tanya beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment