My Add

Saturday 6 October 2012

Jambatan Kedua dibuka Okt. 2013

BALIK PULAU, SABTU, 06 OktOBER, 2012: Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap 90 peratus menjelang hujung tahun ini, iaitu dua bulan lebih awal daripada jadual asal.

Pengerusi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob berkata, projek tersebut dijadual siap sepenuhnya September tahun depan dan boleh dibuka kepada pengguna pada bulan berikutnya.

"Alhamdulillah, projek ini berjalan mengikut jadual dan diharapkan pada September tahun depan, jambatan siap sepenuhnya.

"Pada Oktober 2013 pula, pengguna dijangka dapat menikmati kemudahan tersebut," katanya kepada pemberita dalam majlis penyerahan buku akaun simpanan bank untuk 160 murid dan pelajar angkat JKSB di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment